Cincin Menyatukan Ikatan - Utusan Malaysia

"Apa yang unik mengenai cincin ini ialah pelanggan menjadi keutamaan dan saya hanyalah tukang yang membantu memenuhi impian mereka" oleh Artisan Cincin Wendy Lor .

Cincin Menyatukan Ikatan ~ Inspirasi daripada kisah percintaan Syed Emir Izham dan Karina Kassim
Utusan Malaysia
21 April 2010

Cincin menyatukan ikatan
21st April 2010

Source : Utusan Malaysia

PERKAHWINAN merupakan satu ikatan suci di antara dua insan bergelar lelaki dan wanita. Ikatan yang luhur ini termeterai dengan pernikahan yang menyatukan dua hati.

Tanda penyatuan ini diperkukuhkan dengan kehadiran cincin perkahwinan yang menjadi simbolik bagi menyatakan bahawa kedua-dua hati telah dimiliki dan jangan ada orang lain yang cuba mendekati.

Sejak berpuluh tahun dahulu apabila pasangan kekasih mengambil keputusan untuk bertunang atau berkahwin, mereka akan terus ke kedai emas untuk membeli cincin pertunangan atau perkahwinan.

Deretan beratus-ratus cincin yang tersusun rapi dalam kotak cermin kadang-kala membuatkan pasangan yang memilih keliru dan tidak tahu cincin mana yang sesuai.

Mungkin pilihan berdasarkan kepada hiasan batu-batu permata atau harga yang termampu dibeli.

Waktu itu mungkin ada yang berdetik kalaulah ada satu cincin yang betul-betul istimewa unik, tiada yang lain dan dibuat khas untuk mereka sudah tentu ia cukup membahagiakan.

Ramai yang masih belum mengetahui bahawa pasangan yang ingin berkahwin sebenarnya boleh menempah sendiri cincin perkahwinan yang diingini.

Di WendyLor Artisans, pasangan bercinta boleh memiliki cincin perkahwinan atau pertunangan yang mempunyai cerita tersendiri dan unik.

Wendy Lor, tukang barang kemas yang mewarisi bakat bertukang barangan kemas daripada datuknya yang mempunyai kedai emas di PJ Old Town memahami isi hati sesetengah pasangan yang tidak mahu mengikut tradisi lama, memilih cincin tunang dan kahwin di kedai emas.

Minat dan bakat yang dipupuk sejak kecil kerana sering mengikut bapa dan datuk ke kedai emas terus berkembang sehingga ke hari ini dengan menghasilkan cincin perkahwinan yang penuh bermakna.

Cincin perkahwinan rekaan WendyLor Artisan direka secara eksklusif dengan penuh ketulenan yang diinginkan oleh setiap pasangan.

Setiap bentuk cincin yang direka diilhamkan daripada kisah cinta sebenar sesuatu pasangan yang menempah cincin daripadanya.

Menurut Wendy yang berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang rekaan barang kemas, sebelum mula membuat cincin perkahwinan yang ditempah, beliau akan terlebih dahulu membuat temu janji dengan pelanggan yang perlu datang bersama pasangan.

''Saya akan bertanya tentang bagaimana kisah cinta mereka bermula, pertemuan pertama, apa yang mereka suka dan tidak suka dan sebagainya.

''Bukan untuk menyibuk tetapi pertemuan yang mengambil masa selama lebih kurang sejam itu memberi peluang kepada saya untuk mengumpul maklumat mengenai pasangan yang hendak berkahwin itu.

''Selepas itu, saya akan mengambil saiz jari mereka bagi mengetahui saiz cincin,'' kata Wendy yang menubuhkan WendyLor Artisans dua tahun lalu.

Kata Wendy, yang pernah mengambil kursus mengenai seni visual dan pembuatan barang kemas di Universiti Curtin, Australia, perkahwinan adalah sesuatu yang peribadi.

Tidak ada satu pun kisah perkahwinan yang serupa kerana setiap orang mempunyai kisah yang berbeza-beza.

Tambahnya, berdasarkan daripada cerita pelanggan, beliau akan pulang ke pejabat dan membuat rekaan cincin yang sesuai diilhamkan daripada kisah cinta pelanggannya.

Mengenai logam yang akan digunakan bagi membuat cincin, kata Wendy, biasanya beliau akan mencadangkan agar pelanggan memilih emas 18 karat atau 22 karat.

Bagaimanapun jika pelanggan ingin memakai cincin tersebut setiap hari, emas 14 karat dan sembilan karat lebih sesuai kerana emas jenis ini lebih kuat dan tidak mudah bengkok.

Pelanggan boleh menambah dengan batu permata yang diingini seperti berlian atau permata-permata lain bagi menghiasi cincin mereka.

Begitu juga jika mereka inginkan nama atau simbol yang ingin diukir pada cincin.

Bagaimanapun tambahnya, ada juga pelanggan yang mahukan cincin platinum tetapi ini mengambil masa lama kira-kira enam bulan kerana logam ini lembut dan mudah patah.

Apa pun, terserah kepada pelanggan dan Wendy hanya mencadangkan sahaja.

''Apa yang unik mengenai cincin ini ialah pelanggan menjadi keutamaan saya dan saya hanyalah tukang yang membantu memenuhi impian mereka,'' katanya yang mengambil masa maksimum selama tiga minggu dan minimum tiga jam untuk membuat sepasang cincin perkahwinan.

Beliau berkata, dalam kerjayanya ini beliau harus mempersiapkan diri dengan pengetahuan kerana pelanggannya bukan sahaja terdiri daripada masyarakat di Malaysia malah dari Belanda, Australia dan Amerika Syarikat.

Contact Us

+6012 267 8993
askwendylor@wendylorartisans.com
Breitling Replica Watches Glashutte Replica Watches Patek Philippe Replica Watches Patek Philippe Nautilus Replica Watches Richard Mille Replica Watches Replica Watches